ISLAMABAD: Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Sempadan Torkham yang menghubungkan wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan dan wilayah Nangarhar timur Afghanistan ditutup secara unilateral (sepihak) oleh pentadbiran sementara Taliban minggu lepas.
Bagaimanapun, pentadbiran Afghanistan membukanya semula pada Khamis tetapi pihak berkuasa Pakistan enggan berbuat demikian, kata seorang pegawai tempatan ketika dihubungi Agensi Anadolu.
"Petang tadi, kami membuka sempadan buat sementara waktu untuk warga Pakistan yang terperangkap di sebelah Afghanistan.
"Kami akhirnya membuka semula sepenuhnya sempadan untuk perdagangan, transit dan pejalan kaki dari kedua-dua belah pihak pagi ini," katanya.
Ahad lepas, Kabul menutup secara unilateral lintasan sempadan itu susulan kejadian tembak-menambah antara kedua-dua pasukan sempadan pada Isnin.
Perkembangan terbaharu itu berlaku tiga hari selepas Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif bertemu pemangku Timbalan Perdana Menteri Afghanistan Mullah Abdul Ghani Baradar dan pemangku Menteri Pertahanan Mullah Mohammad Yaqoob di Kabul pada Rabu.
Pakistan dan Afghanistan berkongsi 18 lintasan sempadan termasuk yang paling sibuk iaitu di Torkham dan Chaman yang menghubungkan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan dan wilayah Kandahar di selatan Afghanistan.
Pertempuran antara kedua-dua tentera di sempadan sudah lama berlaku walaupun selepas Taliban menawan semula Afghanistan pada Ogos 2021.
Disember lepas sekurang-kurangnya enam orang awam Pakistan terbunuh dalam satu pertempuran sengit di sepanjang sempadan Chaman.
Selain aktiviti perdagangan, ribuan orang yang kebanyakannya warga Afghanistan menyeberang di kedua-dua lintasan itu setiap hari untuk tujuan perubatan dan buruh.
Kedua-dua jiran itu berkongsi sempadan sepanjang hampir 2,670 kilometer.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Lori yang dipenuhi barangan perdagangan untuk dibawa masuk ke Afghanistan dilihat di Torkham. - Foto REUTERS
China sedia luaskan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang - Duta
Kerjasama ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan secara berterusan meningkatkan sentimen persahabatan antara rakyat.
Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.
Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
Pakistan kecam serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria
Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kedutaan Iran di ibu negara Syria, Damsyik pada Isnin menyifatkannya sebagai peningkatan ketegangan di rantau bergolak itu.
PM Pakistan larang penggunaan karpet merah dalam acara rasmi
Larangan penggunaan permaidani merah dalam acara rasmi merupakan satu langkah kecil ke arah mengurangkan perbelanjaan di peringkat kerajaan.
5 pekerja China terbunuh dalam serangan pengganas di Pakistan
Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan dari Projek Hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh sebuah syarikat China diserang oleh pengganas.
Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.